Dari Mana Mahu Kemana, Dari Sini Mahu Ke Semporna, Kalau Anda Mau Cakna, Cari Kami In- Sha Allah Sempurna.

Friday 4 December 2015

KAEDAH RAWATAN BERSALIN : BERTAPEL & BERPARAM




Kaedah rawatan ini agak leceh serta "mengotorkan" badan. Ramai ibu-ibu muda sekarang ini agak keberatan untuk mengunakan kaedah Param & Tapel sebagai suatu rutin dalam proses penjagaan kesihatan selepas bersalin.. Mungkin mereka tidak faham kenapa mesti ada Param & Tapel serta kebaikkan yang bakal mereka nikmati selepas proses berpantang dan juga nikmat kesihatan yang akan mereka rasai sewaktu mereka  diusia emas nanti .

TAPEL & PARAM:

Merupakan sapuan herba diseluruh bahagian badan termasuk kaki, paha, perut, belakang, tangan dan lengan serta bahu sebelum pakai barut/bengkong. Pemakaian Tapel & Param sebaik-baiknya selama 8 jam kemudian baru mandi untuk membersihkannya.

KEBAIKKAN :

  • Memanaskan badan & Perut serta membakar lemak-lemak
  • Mengecutkan perut & rahim akibat bersalin
  • Mengeluarkan peluh / toksid dalam badan
  • Mempercepatkan pengeluaran darah kotor
  • Mengurangkan rasa letih-letih dan lenguh-lenguh
  • Memulih kondisi kulit akibat bersalin



No comments:

Post a Comment