Dari Mana Mahu Kemana, Dari Sini Mahu Ke Semporna, Kalau Anda Mau Cakna, Cari Kami In- Sha Allah Sempurna.

Wednesday 30 December 2015

JUS DAUN PEGAGA : BAIKPULIH RAHIM




Daun pegaga memang sudah terkenal  dengan pelbagai khasiat. Ianya  amat bagus dijadikan ulaman dan dibuat jus minuman untuk ibu didalam pantang serta ibu. Jus pegaga ini anda boleh minum selepas 21 hari pantang. Antara beberapa khasiat untuk ibu bersalin adalah ;


  •   Menghilang bau yang tidak enak pada miss V
  •   Menghilangkan keputihan dan kegatalan
  •   Untuk sihat dan baikpulih rahim
  •   darah period tidak berbau hamis
  •   Mengetatkan miss V
  •   Melancarkan perjalanan darah
  •   Awet muda

Tuesday 29 December 2015

BAHANA BUANG ANGIN SEMASA PANTANG : BAYI JADI MANGSA




Kes sebenar yang kami temui, akibat si-ibu  didalam pantang mahu membuang angin dan mau cepat menjadi kurus dengan cara meminum air halia yang diblend. Anda tahu apa terjadi kepada bayi tersebut.... Bayi terkena ruam panas dan perut bayi menjadi kembung serta terkentut-kentut.

Kenapa terjadi sedemikian ?  Ini kerana halia itu kalau diminum memang menjadi panas badan dan bila bayi menyusu susu badan maka bahananya bayi akan mendapat ruam panas.

Cadangan rawatan :

Perlu berhenti terus dari minum air halia semasa dalam pantang.

Ibu perlu minum air panas mendidih ( dibiarkan suam-suam ) banyak-banyak bertujuan untuk memecahkan angin didalam badan.    
                                                                                                                                                      Manakala si bayi


 disapu minyak mascotek. Insya Allah bayi cepat baik.


Saturday 19 December 2015

PEMAKANAN MASA BERPANTANG : AYAM HUTAN



Ayam Hutan merupakan makanan eksotik. Ianya sukar diperolehi, walaubagaimana pun sekarang ini terdapat pengusaha individu yang menternak ayam hutan secara kecil-kecilan.

Ayam Hutan  amat baik dijadikan  makanan untuk ibu didalam pantang kerana cepat memulihkan tenaga yang banyak hilang semasa melahirkan anak. Khasiat ayam hutan juga boleh membantu menjadikan bayi anda cerdas dan kuat.

Kami juga boleh membekalkan anak ayam hutan dara dengan harga RM50.00 seekor.


Wednesday 16 December 2015

PEMAKANAN IBU MENGANDUNG : MADU PENUH KHASIAT



Ibu yang mengandung memerlukan sumber pemakanan yang berkhasiat untuk pembesaran janin dan juga fizikal ibu itu sendiri. Maka sumber pemakanan alami adalah madu.

CARANYA : Minum 2 sudu madu 3 x sehari.  Boleh juga dimakan bersama roti.

Antara khasiat minum/makan madu dapat membantu ibu dan bayi dalam kandungan;


  • Mencegah keputihan daripada terjadi semasa mengandung
  • Meneutral kandungan gula dalam darah sekaligus mencegah kencing manis
  • Kuatkan stamina si ibu terutama sewaktu mahu melahirkan anak
  • Mengembalikan nafsu makan sewaktu mengandung akibat alahan
  • Mengelak bayi yang bakal lahir terkena penyakit hepatitis B
  • Bayi akan membesar dengan sempurna dan sihat
Semuga anda dapat mengamal minum madu sentiasa.



  • Tuesday 15 December 2015

    PEMAKANAN MASA MENGANDUNG : MADU UNTUK BAYI SIHAT



    Amalan minum madu semasa hamil terutama bulan-bulan terakhir sebelum bersalin boleh membantu bayi anda ;


    • Anak yang dilahirkan tidak cacat
    • Mengelak bayi terkena penyakit polio -vitamin K yang tinggi
    • Mengelak Keguguran
    CARA ;

    Minum 2 sudu madu  3 kali sehari.


    Sunday 13 December 2015

    PEMAKANAN MASA MENGANDUNG : MADU AGAR MUDAH BERSALIN



    Madu memang sudah terkenal mengenai khasiatnya..Tahukah anda bahawa madu juga boleh dijadikan minuman selusoh agar ibu-ibu mudah bersalin dan tidak merasa sakit.

    CARANYA :

    Minum satu cawan madu semasa merasa sakit -sakit mahu bersalin.Ini disebabkan madu kaya dengan vitamin E akan membantu ibu-ibu untuk mudah bersalin.

    Jadikan amalan minum madu setiap pagi semasa anda mengandung. Ambil 3 sudu madu campur dengan segelas air dan minum.

    Friday 4 December 2015

    KAEDAH RAWATAN BERSALIN : BERTAPEL & BERPARAM




    Kaedah rawatan ini agak leceh serta "mengotorkan" badan. Ramai ibu-ibu muda sekarang ini agak keberatan untuk mengunakan kaedah Param & Tapel sebagai suatu rutin dalam proses penjagaan kesihatan selepas bersalin.. Mungkin mereka tidak faham kenapa mesti ada Param & Tapel serta kebaikkan yang bakal mereka nikmati selepas proses berpantang dan juga nikmat kesihatan yang akan mereka rasai sewaktu mereka  diusia emas nanti .

    TAPEL & PARAM:

    Merupakan sapuan herba diseluruh bahagian badan termasuk kaki, paha, perut, belakang, tangan dan lengan serta bahu sebelum pakai barut/bengkong. Pemakaian Tapel & Param sebaik-baiknya selama 8 jam kemudian baru mandi untuk membersihkannya.

    KEBAIKKAN :

    • Memanaskan badan & Perut serta membakar lemak-lemak
    • Mengecutkan perut & rahim akibat bersalin
    • Mengeluarkan peluh / toksid dalam badan
    • Mempercepatkan pengeluaran darah kotor
    • Mengurangkan rasa letih-letih dan lenguh-lenguh
    • Memulih kondisi kulit akibat bersalin



    Thursday 3 December 2015

    PAKEJ KENANGA 15 HARI

    RAWATAN IBU

    Set Lengkap Bersalin
    Urut Bersalin 6 hari
    Bertungku
    Berparam
    Berpilis
    Barut
    Lulur Kopi
    Rawatan Rambut
    Masker
    Mandi Detox
    Sesi Slimming Hot Blanket
    Mandi Bunga Habis Berpantang
    Bekam
    Masakan Dalam Pantang

    RAWATAN BAYI

    Mandi Bayi
    Urut Bayi
    Tungku Bayi
    Barut bayi
    Rawatan Pusat bayi
    Rawatan Kuning Bayi
    Cukur Rambut Bayi

    NOTA : Bertangas selepas 21 hari pembedahan

    HARGA PAKEJ : RM2,390.00 ( Tidak Termasuk Transpot)




    Wednesday 2 December 2015

    KAEDAH RAWATAN BERSALIN : BERPILIS




    BERPILIS :

    Merupakan sapuan herba yang dipakai didahi sewaktu lepas bersalin. Tempuh pemakaian kebiasaan selama 7-15 hari selepas bersalin bergantung kepada individu. Ada setengah orang merasa leceh memakai pilis kerana merasa "kotor" dan tidak cantik dipandang. Sedangkan kebaikan berpilis amat baik untuk si ibu.

    KEBAIKAN BERPILIS :
    • Menghilang rasa pening-pening dan sakit kepala
    • Mengelak diri menjadi pitam
    • Mencegah rabun mata diwaktu usia muda
    • Mengurang rasa mengantuk dan letih
    • Merasa nyaman
    PRODUK : Banyak dipasaran dengan pelbagai jenama




    KAEDAH RAWATAN BERSALIN : BERTANGAS




    Pengorbanan seorang wanita amat besar bersambung nyawa demi melahirkan zuriat anak Adam kemuka bumi ini. Melahirkan anak bukan suatu perkara enting yang harus dibiarkan kerana habis urat marat mereka diteran demi melahirkan seorang pewaris tercinta. Sehubungan dengan itu kita harus usaha mengembali ke asal, berpulang-pulih seperti sediakala takkala mula.

    Dalam perkongsian info , kami banyak mengutarakan kaedah rawatan ibu bersalin secara tradisional sebagai perkongsian ilmu bersama anda. Harap mendapat maklumbalas sekiranya maklumat  kami beri bercanggah dengan pandangan anda.

    KEBAIKAN BERTANGAS ;

    Dilakukan selepas bersalin atau selepas kedatangan haid.
    • Mengeluar peluh dan toksid dari badanr
    • Menghindari penyakit keputihan & bau
    • Mengetat kembali saluran miss v setelah melahirkan anak
    • Mengelak rahim jatuh
    • Mengelak keluar tombong (prolapse)
    • Melembabkan kulit daripada kekeringan terutama miss v

     JANGKA MASA :  15- 30 MINIT




    Tuesday 1 December 2015

    PAKEJ CEMPAKA 7 HARI

    RAWATAN IBU

    Set Bersalin Lengkap
    Urutan Bersalin 3 Hari
    Bertungku
    Berparam
    Berpilis
    Barut
    Lulur Kopi
    Rawatan Rambut
    Masker
    Mandi Detox
    Mandi Bunga Habis Pantang
    Masakan Dalam Pantang

    RAWATAN BAYI

    Mandi Bayi
    Urut Bayi
    Tungku Bayi
    Barut Bayi
    Rawatan Pusat Bayi
    Rawatan Kuning Bayi
    Cukur Rambut Bayi

    NOTA: 

    Bertangas selepas 21 hari bersalin  secara pembedahan

    HARGA PAKEJ : RM 1,290.00 ( tidak termasuk transpot)

    PAKEJ MAWAR 3 HARI

    RAWATAN IBU

    Urutan Bersalin 3 hari
    Bertungku
    Berparam
    Berpilis
    Balut
    Masakan Dalam Pantang

    RAWATAN BAYI

    Mandi Bayi
    Urut Bayi
    Tungku Bayi
    Barut Bayi
    Rawatan Pusat Bayi
    Cukur Kepala Bayi

    HARGA PAKEJ : RM 580.00 (tidak termasuk transpot)

    NOTA :

    Bertangas digalakkan selepas 21 hari bersalin  secara pembedahan.