Dari Mana Mahu Kemana, Dari Sini Mahu Ke Semporna, Kalau Anda Mau Cakna, Cari Kami In- Sha Allah Sempurna.

Saturday 20 February 2016

KURSUS ASAS RAWATAN URUTAN TRADISIONAL (WANITA)




                                                   KURSUS ASAS RAWATAN                                                     URUTAN TRADISIONAL (WANITA)

1.0              SINOPSIS

Pada dasarnya setiap ilmu yang bercorak profesional ,lebih-lebih lagi ilmu yang mempunyai hubungkait dengan pembangunan hidup serta kesihatan manusia sudah pasti mempunyai prinsip dan kaedah yang tersendiri. Semua kaedah tersebut membawa maksud untuk tujuan kesembuhan dan kepuasan kepada klien kita.

Sekiranya sesuatu ilmu itu tidak mempunyai prinsip atau formulanya yang tersendiri, samalah seperti pembinaan bangunan tanpa menggunakan pelan maka outputnya nanti tidak menepati dan memenuhi kehendak pelanggan kita. Tegasnya tugas tanpa prinsip dan perancangan yang betul akan menimbulkan runggutan atau komplain dan sekaligus akan menjatuh kredibiliti kita sebagai pengamal urutan.

perlu dipelajari dan dijadikan garis panduan sekiranya anda ingin menceburi dilapangan urutan tradisional.


2.0              TUJUAN KURSUS.

2.1              Memberi kemahiran kepada peserta mengenai teknik yang betul dalam membuat urutan tradisional melayu.
2.2              Boleh menjadikan kemahiran urutan sebagai sumber pendapatan kedua kepada peserta.
2.3              Melahirkan lebih ramai tenaga pengamal urutan melayu tradisional.


3.0              JANGKAMASA KURSUS
Kursus asas rawatan urutan tradisional memerlukan masa 2 hari .

4.0              KEPERLUAN PERALATAN SEMASA KURSUS

Peserta dikehendaki  membawa ;
4.1              Tuala mandi & tuala good morning sendiri
4.2              Kain batik sarung
4.3              Bantal  & minyak urutan yang tidak panas
4.4              Alas seperti tikar atau komforter & bantal.


5.0              PENGISIAN MODUL KURSUS
Berikut adalah merupakan modul kursus yang dicadangkan;
5.1    Teknik dan taktik mengesan penyakit satu badan melalui kaedah sentuhan serta mengesansaka.
5.2              Teknik urutan tapak tangan dan kaki
5.3        Kaedah rawatan urutan menaikkan peranakan wanita (termasuk teknik memasukkan peranakan terkeluar)
5.4        Teknik urutan satu badan ( termasuk buang angin dibadan, dikepala serta urutan dan sengkak buah dada & mengesan barah buah dada).
5.5              Sengkak punggung & teknik merapatkan miss v kembali.

6.0              TENAGA PENGAJAR .
Tenaga Pengajar ialah Puan Rahayu Alias, merupakan seorang pengamal urutan tradisional yang berpengalaman lebih dari 13 tahun yang terlibat dalam industri ini.

7.0              SIJIL KEHADIRAN KURSUS.

            Sijil penyertaan kursus akan dikeluarkan oleh pihak kami.

8.0              BILANGAN PESERTA. 

           minima 2 orang 

9.0      YURAN KURSUS.

           Harga terbaik dipasaran. RM550.00 seorang...



Sekian. Terima kasih.

1 comment:

  1. The Coin Casino | Play casino games at CasinoRewards
    The Coin Casino is a 바카라사이트 gambling website that lets you play 인카지노 casino games for real money. Check kadangpintar out our casino games and promotions and get your bonus now!

    ReplyDelete